Kelas Asas ICT MS Excel

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Selain daripada kelas yang melibatkan ramai peserta, para ahli Pusat Internet Sibujaya turut diberi peluang untuk belajar secara bersendirian untuk mendapat pemahaman yang lebih baik serta interaksi secara lansung dengan tenaga pengajar.

Seorang ahli Pusat Internet Sibujaya, iaitu Athirah, telah meminta untuk diadakan kelas MS Excel secara berseorangan untuk kemudahan beliau memahami dengan lebih baik. Beliau diajar asas MS Excel beserta tips untuk menghasilkan buku kerja yang baik melalui MS Excel. Beliau diajar cara membuat jadual dan graf untuk kemudahan beliau semasa di university nanti.

Perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga Advokasi turut dilakukan bagi memberi kesedaran kepada para beliau mengenai bahayanya penggunaan internet yang tidak betul. Melalui kelas ini, diharap beliau dapat mengaplikasikan tips yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali